Kedai sesawang Membeli-belah_dalam_talian

Istilah "kedai sesawang" juga merujuk kepada tempat perniagaan yang pembangunan laman, pengehosan laman, dan jenis kegiatan berkait laman sesawang yang lain dilakukan. Pembelian dalam talian memperkenalkan cara-cara yang baharu untuk mengurangkan kos dengan mengurangkan bilangan kakitangan yang diperlukan. Ini merupakan cara yang lebih berkesan untuk menjual produk kepada pembeli dari seluruh pelosok dunia.

Faedah membeli-belah dalam talian

Faedah membeli-belah dalam talian termasuklah:

  1. Kuasa tawar-menawar pengguna yang kini menghayati lebih banyak pilihan;
  2. Kuasa pembekal: Adalah lebih susah untuk pengguna mengurus saluran bukan digital;
  3. Internet mempertingkat pengkomoditian;
  4. Ancaman peserta baharu: Kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan baharu, dengan overhed yang lebih rendah;
  5. Ancaman pengganti produk dan perkhidmatan;
  6. Persaingan antara pesaing: Kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan kepada pasaran-pasaran yang berbeza.